FOR ALL VISITOR


Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
stat: link: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... hide:

20111109

aku benci wanita bertudung....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Aku merupakan seorang wanita yang sederhana. Kulitku sawo matang dan memiliki seraut wajah yang manis. Aku mempunyai kekasih yang baik hati. Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja.


Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi.... Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya.

Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai.

Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang2 lewat malam. Masakan yang ku masak kadang2 tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak2 lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan.

Suatu hari, ketikaa ku ke shopping mall untuk membeli barang2 harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt, bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia2. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya.

Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi kerudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang di pejabatku. Hampir setiap hari juga, aku membuat temujanji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang2 aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? Entah lah........



Nukilan Seorang Insan Yang Menyesal......

credit to:
DUNIA SEORANG REMAJA

_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_
assalammualaikum..
those ayat di atas definately not my words..
aku terbaca blog DUNIA SEORANG REMAJA...
x berminat nak buat apa-apa provokasi..cuma sekadar nak keluarkan sedikit pandangan..
i do say pity for that girl..seriously..
before married dia free hair..
what does life give a meaning for her??
hidup semata-mata kerana seorang lelaki yg disayangi or in other word hidup untuk kekasih dia yg juga telah menjadi husband merangkap ex-husband now...

ye,dia seorang wanita yg baik pada asal nye..
kurang bersosial..
patuh pada suami and so on..
but then she do all those thing juz because of that men..!
then bile lelaki tu tinggal kan dia kerana perempuan lain yg agak *******
she then turn herself back..but it more worst then herself before..!
dia puas melakukan sebegitu..its up to her..
but sampai bile??

bile sesuatu perubahan itu dilakukan kerana seseorang pasti dia akan berubah kerana org itu juga..
mungkin benar lelaki itu mendidik dia untuk menjadi isteri solehah..
dan wanita itu patuh..
seharus nya..
dia berubah kerana lelaki itu semata-mata demi Allah..!

kerana,semasa sy kecil..
parent sy selalu suruh menjaga aurat..
yes..sy tutup aurat..
sebab mak dan ayah suruh..
katanya,biasakan diri..supaya dah dewasa nanti x nyeksa diri..
kehidupan zaman kanak-kanak..kadang sy bertudung..terkadang buka..
zaman remaja menjengah @ baligh (^^,)..kadang sopan..terkadang tu mcm fit laa..tak labuh laa..
sementara..sang emak dan ayah..menasihati agar menjaga aurat tanpa henti
ye,memang nafsu remaja yg nak ikutkan peredaran trend semasa...
tapi tudung tu tak tinggal..
mula la..pelbagai2 spekulasi kuar antara bertudung vs. free hair..
i'm seriouly hate to talk about that..
klau dah termaktub dalam al-quran dan hadis..aku tak berminat utk pertikaikan..

masa berlalu..
dan mendewasa kan pemikiranku..
ye..biarlah sekarang kerana Allah...
xpe laa..kalau dulu kerana diajar parent sejak kecil untuk bertudung..
pakai baju yg longgar-longgar pun sebab parent suruh..
alhamdullillah...sekurang-kurangnya kurang dosa...
dan sekarang jika diberi pilihan..aku selesa bertudung dan tertutup..

memang dulu parent marah kalau pakai pakaian yg pelik-pelik..
xpe,mereka mengajar sebenarnya...
dulu hati ku memberontak..kenapa perlu begitu..
dan sekarang aku mengerti...
kalau bukan mereka yg mengajar selok-belok agama..
siapa lagi?
nak harap kan ustaz dan ustazah disekolah..
eerkk..seminggu bape jam jek...!
kalau bukan dirumah laa untuk kita praktikkan agama..
dimana lagi?
sedang kan hampir keseluruhan hidup kita berada dirumah..

terima kasih mak ayah atas semua itu...

oh ya! berbalik kisah wanita diatas..
jika benar nukilan ini wujud dan datang nya dr seseorang yg benar2 wujud..
fikir-fikirkan lah semula apakah kepuasan sementara itu berbaloi?
sampai bila?
bagaimana hari tua mu?
bagaimana perasaan anak2 mu..
then last word is..
kamu membenci bekas suami kamu kerana sikapnya yg agak hipokrik itu..
tapi,lihatlah diri kamu sekarang..
siapa lagi teruk..dia atau kamu???
then apa yg membezakan kamu dan dia??? nothing rite..!
so,renung-renungkan....!

ziyra pppsttt:
Alhamdullillah...aku dilahirkan sebagai Islam..
alhamdullillah....mak dan ayah selalu jauhkan aku dr kehidupan yg bebas..
dulu aku memberontak..sekarang aku mengerti..
kerana mak dan ayah la..zira tahu apa tujuan hidup hidup..
terima kasih untuk segalanya...
i love u both


No comments:

Post a Comment