FOR ALL VISITOR


Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
stat: link: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... hide:

20130716

101. berbahagialah dia..

assalammualaikum..
beberapa minggu lalu baru terima kematian suami sepupu mak..
punca kematian tumor di kepala..
sedihnya beraya tanpa orang tersayang..
padahal isteri, mencium tangan suami di pagi raya lah paling membahagiakan..

Innalillah..
aku sedih sngt..sedih melihatkan isteri dan anak2 dia yg masih kecil..
aku ingat lagi raya 2011 aku melawat dia di hspital KJP..
tapi waktu tu wife dia tiada..anak nye yg sulung jek. tingkatan 1..
berhari-hari tinggal di hospital..aku tengok hospital tuh dah macam bilik / rumah bg family dorang.
aku nih dah laa jiwa sensetip...
balik tuh aku nanges kat mak..
aku peluk mak dan bisik..
" zira tak sedia kalau mak dan ayah pergi "
mak yg dah memang masak dgn perangai kuat touching aku ni pujuk aku..
" zira sayang, satu hari nanti kalau mak tak tinggal kan zira..zira yang akan tinggalkan mak"
mak selalu melayan kesedihan aku dan suka gelar aku "RATU AIRMATA" yelahh sikit2 nak nanges..
ni time aku tulis bait2 susunan ayat ni pun aku nanes.. (T_T) lap air mata.. (^_^')

berbalik pada cerita asal..
raya tahun 2012 aku melawat lagi sepupu mak tu..
di hospital yg sama tapi bilik berlainan..
keadaan dia semakin teruk..
kebetulan kedatangan kami sekeluarga tepat pada masanya..
mereka suami isteri ada di dalam wad..
sayu aku lihat wajah isteri dia..mungkin aku pun perempuan..
aku faham sangat perasaan sedih tu..
mungkin dia dah lali dengan kejatuhan air mata..apa saja yg yg terjadi dia senyum kan..
hambar senyuman isterinya..

si suami yang sedang lena tidur bersama wayar2 yang berselirat di badan tiba-tiba tersedar..
isteri dia usap kepala suami dia sambil cakap..
''assalammualaikum abang, maklong (atok aku) dan keluarga datang ni, abang bangun ye"
lantas menolak tepi wayar di dahi dan mencium ubun2 suaminya..
'' dia dengar ke? dia ingat? dia faham ke?" bertalu2 soalan atok aku pada wife dia..
"dia xkenal..dia x ingat...tapi dia faham..dan payah nak respon semula''

aku membatukan diri..sebenarnya aku menahan air mata..
sekali lagi isteri dia mengusap kepala suami dia
'' abang nak makan? sayang suapkan nak? ke abang haus? ''
lembut suara si isteri bertanya suami.
'' dia boleh ke makan minum macam biasa ke? '' giliran mak mencelah..
lembut isteri dia memandang mak aku, sambil menggelengkan kepala lantas tersenyum..

baru aku mengerti..dia sedang melayankan dan menghiburkan hati suami dia walaupun dia tau suami dia xkan mampu beri tindak balas..
paling tidak suami nya akan menggerakkan tangan dan mata..
hanya itu yg dia mampu..

usai perbualan dan ziarah tu kami pulang ke rumah..
hati aku berdetik sendirian..
'' Ya Allah, kuatnya isteri dia.. hampir 2 tahun suami nya terlantar tetapi dia masih mampu bersabar melayan suami seperti pasangan baru bercinta.. Pintu syurga manakah yang Allah akan beri pada isterinya yg setia ni.."

bila hal2 begini berlaku dalam hidupku..
aku selalu membandingkan dengan cara hidupku..
adakah suatu hari nanti aku mampu melayan kerenah suami ku..
adakah suatu hari nanti aku mampu bersabar dengan sesuatu yang menyakitkan dari suamiku..
adakah suatu hari nanti aku kuat untuk menempuh ujian yg menimpa..

sekarang ini pun dengan ujian yg Allah timpakan pada ku,aku melenting..
aku memberontak.. padahal nya aku ketahui setiap dari ujian itu ada balasan nya..

"Ya Allah, andai ujian yg kau berikan ini besar balasan nya.. aku redha terima segalanya..
kau kuatkan hati ku Ya Raheem..sesungguhnya kau maha mengasihani..
aku tidak kau ringan kan beban ini..kau tabahkan lah aku untuk menempuh segalanya"

untuk lelaki dan untuk seseorang yg sentiasa exclusive dihati saya:
apabila seorang wanita itu mengahwini seorang lelaki,
lelaki itu tidak semestinya memiliki segala-galanya..
tetapi, lelaki itu adalah segala-galanya bagi wanita tersebut..
(^_^)

Assalammualaikum, salam Ramadhan Kareem..

ziyra psstt: 
lepas ni aku nak aktif
ber blogging semula laa..

No comments:

Post a Comment